Wednesday, November 16, 2016
PANAS !!! Azwan Ali Mengamuk Besar, Neelofa Padam Komennya Kerana....
Lama juga Diva AA iaitu Azwan Ali menyepi daripada dunia hiburan bukan? Jarang juga kita dengar sebarang kontroversi sejak beliau mula sibuk dengan perniagaan redang Diva AA.
Terbaru Diva AA telah mencuri perhatian ramai apabila beliau meluahkan rasa tidak puas hati kepada pengacara dan pelakon popular Neelofa.
Ini kerana Azwan ada menegur gaya dan cara sikap Neelofa yang dirasakan kurang sesuai sebagai seorang wanita yang sudah bergelar Hajah apatah lagi ketika bersentuhan dengan Fattah Amin.
Malangnya komen Azwan telah dipadam berulang kali daripada Instagram Neelofa dan ia menimbulkan kemarahan Azwan.
Pendapat Azwan itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang bersetuju bahawa Neelofa kelihatan agak keterlaluan manjanya bersama Fattah. Untuk pengetahuan semua, komen yang menyokong Azwan juga akan dipadam daripada Instagram Neelofa.
Sehingga kini tiada lagi respon yang diberikan oleh pihak Neelofa berhubung isu ini. Mungkin juga Neelofa enggan mengambil peduli akan perkara berkenaan meskipun ia agak hangat diperkatakan di Instagram Azwan.
Tuesday, November 15, 2016
Lepas Isu Lupa Lirik, Bekas Isteri Ameng Bongkar Perangai Sebenar Ameng Yang Sangat Menjengkelkan
Penerbit drama Datuk A Aida tidak bersetuju dengan niat bekas suaminya, penyanyi Ameng yang mahu dua anak perempuan mereka menjadi penyanyi.
A Aida berkata, perkara itu dianggap kurang waras kerana dia mahu anak-anaknya berjaya dalam bidang pendidikan terlebih dahulu.
"Saya terkejut apabila anak sulung memberitahu bapa mereka tak mahu dia melanjutkan pelajaran kerana dengan menyanyi saja boleh menjadi kaya. Bagi saya itu satu sikap yang kurang waras.
"Sepatutnya sebagai bapa dia perlu memberi dorongan dan kata-kata semangat, bukannya melemahkan semangatnya. Tambahan pula anak saya kini sedang menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)," katanya kepada Harian Metro.
A Aida yang juga penerbit drama Hello Mr Perfect tegas dengan pendiriannya untuk tidak membenarkan anak-anaknya terbabit dalam bidang seni.
"Saya tahu anak ada bakat dalam bidang nyanyian tetapi saya tetap menghalang, malah mereka pun tak mahu sebenarnya. Mereka lebih suka jika tidak berada dalam bidang ini. Biarlah saya seorang saja yang terbabit dalam bidang hiburan," katanya.
Terdahulu, Ameng merancang menghasilkan album khas yang turut menampilkan tiga anaknya iaitu Wan Az Aleesa, 20, Wan Azevanatassha, 15, dan Wan Amar Haikal, 9.
Wan Az Aleesa dan Wan Azevanatassha ialah anak hasil perkongsian hidup Ameng dengan A Aida dalamperkahwinan pertamanya.
TERKINI !!! 174 Banduan Bolos Dari Penjara K******* Lepas Bunuh Pengawal. Mohon Semua Rakyat MAlaysia Berhati-Hati
Seramai 174 banduan melarikan diri dari penjara di utara Haiti pada Sabtu selepas membunuh seorang pengawal dan mencuri senjata api, menurut pihak berkuasa yang melancarkan operasi memburu pesalah terbabit.
Polis mengadakan sekatan di jalan dan menahan beberapa individu yang tidak mempunyai kad pengenalan.
Bagaimanapun, 266 banduan di penjara Archahaie tidak memakai uniform menyebabkan mereka lebih mudah untuk melarikan diri dan berada di luar.
Seramai 11 banduan berjaya ditangkap semasa pembolosan itu. Ketika kejadian, sebahagian banduan sedang mandi.
Sekumpulan banduan memecah masuk ke sebuah kawasan yang digunakan para pengawal, mencuri sekurang-kurangnya lima senjata, manakala seorang pengawal mati ditembak.
Menteri Keadilan Haiti, Camille Edouard Junior berkata, seorang banduan maut selepas terjatuh dari tembak sehingga mengakibatkan kecederaan di kepala semasa melarikan diri dari penjara Archaie.
"Seorang pengawal terbunuh dalam insiden itu.
"Tiga banduan cedera, termasuk seorang yang maut akibat kecederaan yang dialaminya," kata Edouard Junior.
BODOH PIANG !!! Ular Bersarang Dalam Rambut Lelaki Ini Hampir 3 Tahun, Inilah BENCANA Yang Terpaksa Diterima Kulitnya Daripada Kebodohannya
Bunyi macam mustahil bila ada ular yang boleh tinggal di dalam rambut manusia, kecuali ular spesis kobra ini yang kelihatan selesa tinggal di rambut seorang lelaki.
Monday, November 7, 2016
"Saya Halalkan Wang Hantaran Berjumlah RM11,111,11 Yang Hingga Kini Masih Belum Diterimanya" - Elly Mazlein

Gara-gara tidak mendedahkan punca sebenar perceraian antara dia dan bekas suaminya, Azmi Hatta, menyebabkan baru-baru ini timbulnya spekulasi mendakwa Elly Mazlein yang berlaku curang sehingga membawa kepada kehancuran rumah tangganya setahun lalu.
Tenang berdepan dengan dakwaan tersebut, Elly menyifatkan ia satu fitnah. Jelasnya, sejak kebelakangan ini dia memang mengelakkan dari publisiti yang tidak mendatangkan manfaat kerana mahu menjaga aib diri dan bekas suami.
“Semakin saya berdiam diri, semakin banyak cerita yang tidak betul sampai ke telinga saya. Baru-baru ini saya dapat tahu tersebar fitnah yang kononnya bekas suami menceraikan saya kerana dia ‘tangkap’ saya dengan lelaki lain sewaktu saya menjalani penggambaran untuk sebuah drama di Pulau Langkawi.
“Teringin juga saya nak tahu siapakah lelaki yang ditangkap bersama-sama saya itu? Sedangkan ketika itu, bekas suami datang membuat kejutan di hotel penginapan ketika saya sedang menjalani penggambaran selama sebulan di pulau berkenaan. Sepanjang perceraian saya, bekas suami langsung tidak bertanya khabar sehinggalah Sefhia lahir. Saya yang sedang sarat mengandung memandu sendirian ke hospital pada hari pemeriksaan kandungan.
“Saya melahirkan anak pada 6.35 petang, kira-kira pukul 10 malam, bekas suami sudah sibuk mahu pulang. Sedangkan sebelum itu, dia sudah berjanji untuk menjaga saya hingga selepas habis berpantang. Saya merayu padanya untuk tak tinggalkan saya, tapi tak dilayan,” katanya seperti yang laporkan BH online.
Dalam masa yang sama, Elly turut meluahkan rasa terkilannya dengan dakwaan orang ramai yang tidak mengetahui hal sebenar yang terjadi.
Namun katanya beliau tidak menyimpan dendam dan berkira dengan tindakan bekas suami malah beliau halalkan sahaja wang hantaran berjumlah RM11,111,11 yang sehingga kini masih belum diterimanya
Subscribe to:
Posts (Atom)






